Friday, July 20, 2012

Megang (i)



Hari ini hari Megang! Hah! Apakah itu? Megang. Orang tahu istilah megang ialah ketua samseng yang menguasai sesuatu kawasan, contohnya Awang ialah kepala mmegang bas ssteng bando (Bus Stand Kuala Terengganu). Ia menerangkan Awang itu ketua samseng (biasanya kaki POW dan bergaduh dengan kumpulan/samseng kampung lain) dan dia menguasai kawasan tersebut. Namanya jadi sebutan (termasuk Polis la kot?). 

Istilah ini juga digunakan dalam terma permotoran, iaitu piston mmegang. Ia membawa maksud semasa menunggang motosikal tiba-tiba piston di dalam enjin motorsikal tidak bergerak menyebabkan enjin tidak berfungsi dan motorsikal tidak dapat dikawal dan memungkinkan penunggangnya jatuh dengan motorsikalnya sekali. Piston ini tidak bergerak biasanya disebabkan minyak 2T (orang Terengganu menyebutnya minyok TUTI) kering di dalam tangkinya-motorsikal 2 lejang (two stroke).

Megang yang lain ialah hari ini. Hari ini HARI MEGANG. Megang ini bermaksud hari sebelum hari pertama puasa-1 Ramadhan (orang Negeri Sembilan menyebutnya sebagai Mantai-Hari Mantai). Selain itu orang Terengganu juga menyebut sehari sebelum hari raya juga sebagai hari megang.


Nota :

Penuh ppaso Dungung pagi takdi, sapa tadok parking. Hari ni hari megang. Patut aaa...

1 comment:

jeragang said...

comel mungawang wat tubik istilah lame.... Pok jeragang berahi sokmo hari mmegang sebab dia mesti di akhiri dengang makang

untuk menambah penjelasang awang mmegang ni berasal dari kata asl pegang yang bermaksud tempat... jadi mmegang tu tempat pegang lah....
dalam hari tu... sebenar bersangkutang dengang pegangang agama atau kepercayaang.... hari megang orang gi ssejid ker ssura ker untuk menyemak semula pegangan agama dang ajorang mengenai posa..... wallahualam