Tuesday, July 17, 2012

Nelang ke Hanelang?


Maafkan aku. Maafkan aku sebelum anda membaca artikel ini. Ini kerana aku rasa mahu ke depan isu yang remeh ini, walaupun begitu aku rasa perlu diketengahkan juga. Pesta sukan di Pahang telah berakhir, pesta Liga Super telah berakhir, tetapi banyak tempat sama ada di dunia sesawang, terutama mukabuku dan di dunia fana ini, terma hanelang banyak digunakan. Aku pelik. Tidak pernah sedari kecil aku mendengar dari orang tua-tua menyebut perkataan Hanelang.

Ada yang menyebut Hanelang itu bermaksud handalan lama-lama menjadi hanelang kemudian nelang? Begitukah? Setahu aku, aku diajar perkataan yang sepatutnya ialah Nelang yang bermaksud garang, bekeng. Dialog yang sedari kecil yang sering aku dengar seperti contoh ialah "Nelang téh! Doh guane nelang ngak tuh?" Jika diterjemahkan ialah "Garang/bengkeng sungguh tu! Kenapa yang garang sangat tuh!"

Nelang ini ada satu perkataan yang begitu besar maksudnya. Ia melambangkan sungguh garang yang berani, garang yang lebih samseng, bengkeng yang ditakuti orang malah tidak disukai orang, perkara yang terlebih garang terlebih samseng, garang terlebih berani, garang terlebih bengkeng. Garang bercampur Amukan. Ya, lebih tepat AMUKAN, BERANI MENGAMUK. Semuanya sifat yang melampaui batas manusia yang normal.

Jadi mungkin orang-orang sukan, yang meminati sukan, terlibat dalam pengurusan sukan mencipta perkataan baru-agakkan aku. Perkataan Hanelang mungkin direka dan istilah ini menjadi buah mulut untuk menunjukkan kekuatan kuasa sukan negeri Terengganu.

Sekali lagi maafkan aku, jika aku tidak tahu jika perkataan ini sebenarnya mungkin berasal dari daerah lain dalam negeri Terengganu, tapi aku lebih suka istilah NELANG!

Nelang Téh !



Terkini 20.Julai.2012 :

HANELANG!

Aku telah selidiki. Aku telah bertanya. Kesimpulannya perkataan Hanelang ini adalah perkataan lama yang telah jarang digunakan oleh penutur slanga Terengganu. Generasi sekarang mengambil pendek istilah ini iaitu Nelang sahaja. Maksudnya sama hanya perkataan diringkaskan. Seperti istilah Nelang, Hanelang dahulu juga biasa digunakan ibu bapa untuk memarahi anak-anak mereka yang bergaduh, walau sudah dinasihati tetap bergaduh sama sendiri. Zaman dan generasi telah bergerak, maka banyak perkataan lama jarang dan mungkin telah ditinggalkan. Jadi aku rasa secara tidak langsung pihak pengurusan sukan Terengganu berjaya mengembalikan semula istilah yang tidak pernah aku dengar dan rupanya merupakan satu perkataan lama. Tahniah!

"Hanelang tuh! Gane hanelang ngak?"

3 comments:

Upenyu said...

Rasenya perkataan kita orang Dungun guan ialah "Nelang". Beloh Kuala teranu kot yang guna perkataan Hanelang. Oranng Kuala Teranu kalau kita perati cakap dorang berlagu sikit, beza dengang orang Dungun atau Kemamang.

jeragang said...

Pok wase kedua-dua sekali... hanelang tu cakap panjang nnelang tu pendek....
bisanya orang tua ritu kalu nok strest dia kata hanelang kalu biasa nnelang jer even dari orng yang sama.... tapi hanelang diguna bila bercerita atau menceritakan sesuatu.... nnelang nie just pasing remarks omputih kata

AWANG said...

Saudara UPenyu dan Pok Jeragang,

Saya ada buat tambahan dalam entri Nelang ke Hanelang? Rupanya HANELANG itu perkataan lama.