Friday, October 24, 2008

Sabdu

Menyambung pembelajaran bahasa tranung. Sabdu - terima kasih kepada semua bloggeter kerana memberi maklumat dan contoh ayat dalam komen sebelum ini. Terlalu banyak patah perkataan yang perlu disebut secara bersabdu. Perkataan yang bersabdu ini ada dua jenis. Pertama, perkataan yang bersabdu ini ada yang tidak bersifat apa-apa, hanya perlu disebut secara bersabdu. Contoh :

  • Ija nnaung -dua huruf n ditambah menjadi nnaung.
  • Tokki - dua huruf k ditambah.
  • Errr...ada sapa-sapa yang tahu lagi dok??? ni lah lama sangat dok cakap teranung...

Kedua, perkataan yang bersabdu untuk menunjukkan perbuatan dan ada juga menunjukkan perkataan yang dipendekkan. Contoh :

  • Nok gi kkeda- Nak pergi ke kedai. Perhatikan perkataan kkda. Dua huruf k ditambah. Jika bahasa formal adalah ke kedai. Penutur tranung memudahkannya dengan mengubah menjadi kkeda. Itulah singkatan ke kedai menjadi kkeda.
  • Nok gi bbeli - penerangan sama di atas.
  • Ikang mmakang kucing - Di sinilah kekeliruan akan timbul. Kita lihat contoh ayat di bawah.
"Ikang atah meja mana gi, habih tadok ni?" , tanya Semek.
(Ikan di atas meja dah tak ada?).

"Ikang mmakang kucing takdi, ttinggal tulang je", jawab Tok.
(Ikan habis dimakan oleh kucing tadi, yang tinggal tulang aje).

Mmakang di sini adalah singkatan kepada ayat telah dimakan.


Awang-nanti sambung smmula...Awang nok gi kkeda, gi minung air nescafe peng segelah. Bak kata Nabil tapi gaya Awang...Nescafe peng segelah se, straw takmboh... (Terjemahan : Nescafe ais satu...straw tak mahu...)

2 comments:

Bergen said...

Ada berbagai jenis tajwid yang memang sinonim dengan Trengganuspeak. Di antara yang unik ialah; penambahan bunyi di hujung nama (noun). Mungkin ini satu jenis adjective tapi bagi saya ianya merupakan audio effect yang perlu dihafal kerana ianya tidak boleh di 'create' sembarangan.

Contoh:

Pakai selipar jjalang pereh pereh.
(Bunyi selipar di heret atas tanah.)

Jatuh ddebing.
Bunyi jatuh yang ada echo, especially apabila kepala terhantuk dengan benda keras.

Yang ni saya musykil kerana dok tahu ianya jenis bunyi atau gambaran grafik fizikal.

Bekok ccobong.
(Ini bengkak yang serious)

Gguling bating
Gguling nyior

Saya bukan pakar linguistic, jadi pengetahun agak terhad. Kalau boleh, Awang boleh himpun semua perkataan dan buat buku rujukan. Awang Goneng dah banyak kumpul perkataan Trengganuspeak, siap dengan explaination sekali. Pokku pun banyak.

Selamat berusaha kearah mertabatkan Trengganuspeak sebagai bahasa resmi dunia cyber. he he

TATA said...

Sekretariat Per. Anak terengganu (PESAT) ada keluarkan satu majalah dan di dalamnya ada perkataan-perkataan terengganu yang kadang2 kita jarang dengor dan sebut. Sekarang ni Prof Dato' Mohamad Bakar (UM) sedang dalam draft untuk menerbitkan perkataan tersebut dalam bentuk buku. bahan sedang dikumpul.

bukan saja perkataan tapi nama-nama kuih tranun pun banyok yang pelik-pelik sebutannya seperti LOKLIT, BA'ET, KAYU KHAMAT, BRONOK, NEKBAK,.

Nama tempat pun sama, LORONG MOKPEL, TELAGA BATIN, BUKIT TEBUK (ddungun).