Saturday, October 25, 2008

Tok Khatib Siput

Akhirnya pencarian di internet terjumpa...tetapi Awang tak tahu, Tok Khatib Siput inikah yang ada pertalian dengan Awang?

(rujukkan malay.cari.com.my)
PERISTIWA LAGA AYAM DAN CUBAAN BUGIS MERAMPAS TERENGGANU

Menyabung ayam di Terengganu. Selepas kira-kira tiga bulan berada di Reman, Baginda Long Gaffar diberitahu bahawa sebahagian dari negeri Terengganu,iaitu dari Kuala Terengganu ke Kemaman telah terserah kepada Bugis kerana kalah dalam pertandingan menyabung ayam. Long Gaffar amat tidak senang hati dan tercabar yang sekaligus merasa bertanggungjawab terhadap sesama sebangsanya yang teraniaya oleh Bugis.

Lebih-lebih lagi Terengganu bukanlah kalah dalam peperangan ataupun oleh perebutan kuasa di kalangan sesama raja-raja di Terengganu. Oleh itu, selepas berfikir panjang Long Gaffar terus membawa 9 orang hulubalangnya, 20 kati emas dan seekor ayam sabung kesayangannya iaitu `Bakas Racun’ (ayam ini berwarna putih kapas, ekor seurat berwarna hitam, berparuh helang dan bermata ular), bertolak ke Padang Garung menuju ke rumah Tok Mandur Mid (Abdul Hamid) untuk mendapatkan khidmat seorang pakar ayam sabung dan beberapa orang lain sebagai pembantunya untuk membawa barang-barang keperluan baginda ke negeri “Cheribon Kota Mengkuang” (asal nama Terengganu yang diberikan bersempena dengan nama Ceribon di Pulau Jawa kerana dikatakan orang-orang dari Ceribonlah yang mula-mula membuka pertempatan di situ).

Kebetulan pada waktu itu Panglima Muda Terengganu juga tiba di Padang Garung kerana mencari ayam sabung untuk melawan ayam Bugis. Lantas beliau di bawa bertemu Long Gaffar menanyakan sama ada baginda ingin menjual ayamnya atau pun menyertai nya ke Terengganu untuk mewakilinya melawan ayam Bugis, lalu Long Gaffar bertitah “sekarang ayam sudah ada, tak payah beli, kita sendiri akan pergi”. Long Gaffar segera memerintahkan para pengikutnya berkumpul dalam satu rombongan seramai 13 orang dan bersiap sedia untuk berangkat ke Terengganu. Mereka terdiri daripada baginda Long Gaffar sendiri sebagai ketua rombongan, Long Yunus sebagai pakar ayam laga, Penghulu Panglima Adas sebagai ketua hulubalang, Panglima Ebeh, Penglima Kepeh, Tok Sebang, Long Domit, Tok Khatib Calok (anak), Tok Khatib Siput (bapa), Tok Amat, Tok Amin dan 2 orang pembantu. Long Gaffar berserta rombongan bertolak mengikut jalan laut menaiki kapal jong milik Panglima Muda Terengganu ke Terengganu.

Negeri Menjadi Pertaruhan. Apabila sampai di Terengganu Long Gaffar dan rombongannya dibawa mengadap Bendahara Terengganu untuk memohon kebenaran menyabung ayam, lalu Bendahara Terengganu bertanya “nak lawan dengan siapa”, baginda Long Gaffar pun menjawab “ kita nak lawan dengan Bugis”. Setelah memperolehi kebenaran dari Bendahara Terengganu, pada tengah malam Long Gaffar bersama pakar ayam laga (Junoh atau Long Yunus) itu pergi ke khemah Bugis untuk membincangkan syarat-syarat pertandingan kelak. Raja Bugis menyatakan bahawa negeri Terengganu (yang separuh lagi) sahaja boleh dijadikan pertaruhan menyabung ayam dengan Bugis, tetapi Bugis hanya mempertaruhkankan 7 buah jong di laut dengan segala muatannya. Tetapi syarat ini terlalu berat dan mustahil dapat dipenuhi oleh Long Gaffar dalam keadaan hanya mempunyai 20 kati emas dan tiada negeri untuk dipertaruhkannya. Oleh itu, bagi Long Gaffar tiadalah cara lain untuk meneruskan pertandingan ini melainkan dengan menggunakan muslihat iaitu dengan memberanikan diri mempertaruhkan separuh lagi negeri Terengganu yang masih kepunyaan rajanya meskipun ia bukan dalam bidang kuasa Long Gaffar untuk berbuat demikian. Mujurlah raja Bugis itu bersetuju dengan pertaruhan ini dan sekaligus suatu surat perjanjijan di buat, di mana butiannya adalah kira seperti berikut:

``Jika Terengganu kalah maka tergadailah bahagian yang separuh lagi negeri di bawah takluk dan pemerintahan Tuanku Raja Berjanggut, iaitu raja Negeri Terengganu dan sebaliknya jika Bugis kalah semua jong berserta dengan muatannya dan separuh dari negeri Terengganu yang telah tergadai dahulu akan dimiliki semula oleh raja Terengganu. Sementara itu raja Terengganu juga akan menyediakan makanan untuk seramai 500 orang Bugis selama dalam perjalanan mereka balik ke Pekan (Pahang)”.

Ayam Menang, Negeri Dikembalikan. Pada keesokannya pertandingan menya bung ayam diadakan berhadapan dengan istana raja di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Pihak Bugis menyediakan sebuah gelanggang khas yang dipagari dengan berlian dan perak. Setelah semuanya siapa Long Gaffar memerintahkan pakar ayam laga yang di bawanya dari Kelantan yang dilantiknya sebagai “Tok Jogho’ kepada ayam baginda melepaskan “Bakas Racun” ke gelanggang sabung, manakala pihak Bugis juga melepaskan ayam “Kuning Beremas” yang sangat kebal dan tangkas itu. Setelah kedua-dua ayam itu bertembung berlakulah serang menyerang, pukul-memukul dan tikam-menikam di antara satu sama lainnya, tetapi ayam Bugis terlalu handal dan kebal untuk ayam Long Gaffar melawannya meskipun sesekali terkena juga tikaman taji Bakas Racun, namun tiaklah memberi kesan apa-apa kepada Kuning Beremas, dan sebaliknya tikamannya pula tepat mengena pada salah satu sayap Bakas Racun dan sekaligus telah mencederakannya yang seolah-olah tidak dapat bertahan lebih lama lagi.

Melihatkan keadaan ini orang-orang Bugis merasakan bahawa ayam mereka telah menang lalu bersorak kegembiraan. Panglima Adas, ketua hulubalang bagi pihak Long Gaffar yang melihat keadaan yang agak kritikal dan tidak terkawal lagi itu amat marah lalu mempamirkan kekuatan dan kehebatan para pendekarnya, iaitu dengan bertikam sesama sendiri di kalangan mereka, seorang demi seo rang menikam rakannya, tetapi oleh kerana mereka semuanya kebal dan tidak dapat mencederakan sesiapapun, di mana setiap tikamannya hanya mampu mengeluarkan kilauan apinya sahaja. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa, jika ayam mereka kalah. mereka tidak akan menyerahkan sebahagian lagi negeri Terengganu yang bukan hak me reka yang dipertaruhkan itu kepada raja Bugis, tetapi mereka akan menyerang orang-orang Bugis.

Dengan demontrasi kekuatan dan kehebatan para pendekar dan hulubalang Long Gaffar ini menyebabkan raja Bugis dan para pengikutnya tersentak kehairanan dan diam ketakutan, dan dalam keadaaan inilah maka Long Gaffar menyuruh pembantunya meng ambil Bakas Racun dan membasuh luka di sayapnya dan sekaligus pula merawatinya. Bahkan pada ketika itu juga Long Gaffar terfikir akan akibatnya di mana jika Bakas Racun kalah, semestinya baginda akan menerima kutukan dan kemurkaan raja Terengganu dan ke marahan rakyatnya, ataupun sekurang-kurang rajanya mempersalahkannya jika ti dakpun baginda dihukumnya kerana mencagar negeri Terengganu kepada Bugis tanpa pe ngetahu an dan kebenaran rajanya, dan bagi Bugis pula tentunya mendesaknya agar menu naikan janjinya yang dibuat dengan raja Bugis sebelumnya. Oleh itu tiada ikhtiar lain bagi Long Gaffar untuk memenangi pertandingan ini melainkan dengan menggunakan kesa ktian dan tuah `Lembing Sepuhan Lidah' buatan Aceh yang dibawanya dari Pagar Ruyung.

Lembing itu segera dicairkan dengan menggunakan giginya dan diambil sebahagian nya untuk dibuat taji dan diletakkannya di pangkal ekor Bakah Racun. Kemudian Long Gaffar menyuruh Long Yunus melepaskan semula Bakah Racun ke gelanggang di mana Kuning Beremas sedia menantinya, dan dengan itu pertandingan diteruskan yang sekali gus kedua-dua ayam itu pun bertempur lagi, serang menyerang, tikam-menikam, namun pada kali ini ke adaan telah berbeza, suatu anti-climac berlaku di mana Bakas Racun juga kebal bahkan lebih kebal dan lebih tangkas lagi daripada Kuning Beremas, meskipun yang pertama ma sih cedera sayapnya dan kelihatan tidak berupaya terbang tinggi, tetapi segala tikaman Kuning Beremas jika pun terkena badannya tidak memberi kesan apa-apa lagi. Bagaimana pun oleh kerana sayapnya masih cedera yang menghadkan pergerakan nya untuk menyerang Kuning Beremas dari udara, tetapi, mujurlah Panglima Adas pantas bertindak dengan menjolokkan ekor Bakas Racun dengan kerisnya yang telah memberi semula tenaga terbang kepada Bakas Racun untuk terbang tinggi dan bersedia menggem pur Kuning Beremas dari udara. Oleh itu apabila Kuning Beremas melihatnya terbang tinggi lalu ia men gikutiya, tetapi malangnya ia terperangkap dan tersangkut di ekor Bakas Racun yang bertaji `Lembing Sepuhan Lidah’ itu yang sekaligus menyebabkannya jatuh terpelanting ke bawah, putus kepalanya, menggelepar, darahnya mengalir keluar mencu rah-curah dari leher dan badannya dan terus mati. Pihak Bugis terkejut besar kerana ayam mereka kalah teruk dan dengannya berakhirlah pertandingan menyabung ayam dengan cagaran (pertaruhan) yang begitu besar.

Orang-orang Patani yang berada di gelanggang sabung itu turut juga bersorak kegembiraan apabila melihat kemenangan Bakas Racun, ayam Long Gaffar itu. Sorak-sorai dan riuh-rendah para penonton di gelanggang pertandingan itu sampai juga ke pengetahuan Tuanku Berjanggut (Sultan Mansor I, 1733-1793M), raja Terengganu lalu baginda memerintahkan agar disiasat apakah yang berlaku di gelanggang sabung. Oleh kerana tergesa-gesa ia pergi ke sana dan salah faham di atas kehadirannya, maka seorang pegawai yang bertindak mengikut arahan raja dikatakan terkena siku Penglima Adas yang menghalangnya masuk ke gelanggang, tetapi, apabila diketahuinya baharulah diberi laluan dan peluang untuk me nyatakan kehadirannya. Pegawai itu menyatakan bahawa ia dititahkan oleh raja untuk bertanyakan tentang siapakah tuanpunya ayam dan siapakah pula `Tok Jogho’nya.

Long Gaffar telah mengakuinya sebagai tuanpunya ayam dan sekaligus menunjukkan Long Yunus sebagai `Tok Jogho’nya. Lalu pegawai itu pun balik ke istana menceritakan nya kepada raja Terengganu, Tuanku Berjanggut .Baginda amat sukacita mendengar berita itu lalu memerintahkan agar dibawakan dua payung, satu berwarna putih untuk tuanpunya ayam dan satu lagi berwarna kuning untuk `Tok Jogho’nya untuk menjemput mereka ke istana. Apabila Long Gaffar dipayungkan dengan payung putih sebagai payung kebesaran Terengganu, Long Gaffar merasakannya tidaklah sesuai dengannya kerana pada sangkaannya payung kebesaran Terengganu ialah kuning iaitu sama dengan payung kebesaran raja Pagar Ruyung, lantas baginda bertukar payung dengan payung Long Yunus dan sekaligus mereka berpindah tempat.Lalu perbuaatan Long Gaffar ini ditegur oleh Long Yunus dengan menyatakan bahawa payung kebesaran Terengganu ialah putih, bukannya kuning. Tetapi Long Gaffar melarang Long Yunus menyatakan demikian sehingga terkeluar kata-kata: ``Adik jangan bantah abang ! ``

Setibanya mereka ke istana untuk mengadap, maka baginda raja Terenganu menyambut Long Yunus yang berada di bawah payung putih kerana pada fikiran baginda Long Yunus sebagai tuanpunya ayam. Rupa-rupanya raja Terengganu itu tersilap kerana tidak mengetahui akan peristiwa pertukaran payung itu. Setelah diberitahu keadaan sebenar lalu baginda pun bertanyakan Long Gaffar tentang pertaruhan yang dibuatnya dengan pihak Bugis. Long Gaffar menceritakan kepada Tuanku Berjanggut yang dibahasakan kepa da raja Terengganu itu sebagai ``ayahanda’’ itu bahawa pertaruhan yang dibuat melibatkan seluruh negeri Terengganu. Bagaimanapun, pihak Bugis telah kalah dan menyebab kan separuh negeri Terengganu yang telah diambil oleh Bugis dahulu itu dikembalikan semula kepada baginda dan 7 buah jong dan segala muatannya juga menjadi milik raja Terengganu. Dikatakan pada mulanya, raja Terengganu itu amat terkejut dan jatuh pengsan apabila mengetahui negeri Terengganu dipertaruhkan dalam pertandingan itu.

Apabila semuanya telah selesai, maka Long Gaffar bermohon kepada raja Terengga-nu untuk berangkat pulang ke Kota Bharu, Reman, tetapi baginda raja Terengganu melarangnya dan meminta agar Long Gaffar sudi berada di Terengganu selama 6 purnama lagi sementara baginda dapat menyediakan 500 orang untuk mengiringi Long Gaffar, iaitu sebagai tanda terima kasih baginda dan rakyat Terengganu kepada Long Gaffar kerana berjaya menyelamatkan negeri Terengganu dari dikuasai oleh Bugis. Apabila genapnya 6 purnama, kira-kira dalam tahun 1759 maka berangkatlah Long Gaffar bersama rombongannya serta 500 pengiring ke Reman melalui jalan darat ke Kuala Besut.

Awang - masih mencari data Tok Khatib Siput.

5 comments:

TATA said...

keturunan long ghafar tidak boleh makang ikang kkaccang. dan saya salah seorang daripadanya. apakah awang juga tergulong dalam keturunang tersebut. pertubuhan kerabat long ghaffar telah ditubuhkan dikelantan (peringat). cerita yang ditulis oleh awang dalam blog@dungun ada persamaan dengan jalan cerita yang telah draft oleh Tg YDP Kerabat Long Ghaffar sekarang. Draft tersebut ada dalam simpanan saya.

Unknown said...

saya pun dr keturunan tok khatib siput.sy jg xleh mkn ikn kekacang

Unknown said...

Saya keturunan tok khatik siput.. makamnya di kampung saya tinggal

Rohizam said...

Ade yg tau cerita pasal asal usul ke arwah tok khatib siput tu,blh email sy
rohizammahasan83@gmail.com

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian ini…