Wednesday, November 12, 2008

Pulau menjadi ppula

Pulau menjadi ppula.
(Perhatikan huruf u di hujung perkataan tidak disebut. Antara perkataan yang ditutur oleh penutur slanga Terengganu ialah huruf u di hujung perkataan tidak disebut atau dibunyikan).

Beberapa tempat di Terengganu mempunyai awalan nama PULAU. Contohnya ialah Kampung Pulau Serai di Dungun. Pulau Serai ini ialah kampung di darat dan secara geografinya ia bukannya sebuah Pulau. Kampung ini terletak di Jalan Kuantan-Kuala Terengganu. Antara kampung tertua di Dungun. Berhampiran kampung ini ialah Kampung Rajawali. Ia juga dikenali sebagai Kawasan Industri Pulau Serai.

Ada satu kisah menarik yang selalu diceritakan di daerah ini. Seorang cikgu baru tamat belajar telah diberi pilihan untuk bertugas di Dungun. Satunya di Pasir Raja, Hulu Dungun. Satu lagi pilihan ialah di Pulau Serai. Cikgu yang tamat belajar ini bukan orang Terengganu, jadi tidaklah tahu menahu tentang negeri Terengganu.

Apabila dia melihat nama Pulau Serai, dia terus menolak. Sangkaannya akan bertugas di sebuah pulau dan jauh dari kemudahan awam dan susah nak balik kampung. Oleh itu dia memilih Pasir Raja sangkaannya di situ ialah tanah darat dan mudah untuk mendapatkan kemudahan dan senang untuk pulang ke kampung.

Pada hari pertama bertugas, sangkaan beliau meleset. Sememangnya Pasir Raja ialah tanah darat tetapi terletak di hulu. Dari situ barulah dia mengetahui yang Pulau Serai bukanlah sebuah pulau tetapi tanah darat dan berhampiran dengan bandar.

Itulah kekeliruan yang timbul dek kerana nama pulau.

Hoh! gitu pulok.

No comments: