Monday, February 16, 2009

Kampung Warisan Nelayan

Terjumpa satu pelan perancangan kerajaan Negeri Terengganu dalam laman rasmi atau Portal Rasmi Negeri Terengganu Darul Iman. Ia berkenaan pelan Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2007 - 2015. Ia amat menarik dan bagus untuk dibangunkan kawasan tertentu di daerah Dungun, tetapi Awang harap tiada kampung atau tanah-tanah orang Melayu Dungun akan menjadi korban demi pembangunan.

Tidak mahu apa yang terjadi di Kuala Terengganu ( dibaca : Kampung Ladang ) terjadi di Dungun. Harap mungkin satu kelompok kampung warisan seperti di negeri Melaka boleh diwujudkan di daerah Dungun ini. Mungkin boleh dinamakan Kampung Warisan Nelayan di sekitar Kuala Dungun, Kampung Sungai Udang, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya, Kampung Seberang Pintasan mahupun juga Kampung Rajawali dan Kampung Pulau Serai.


Ada artikel menarik tulisan Tuan AG aka Awang Goneng, disilakan membacanya.

3 comments:

roshaizul said...

aku sedang baca buku awang goneng tu.

Pokku said...

Nok pindoh, nok pinda, nok wi punoh rama yang panda buat.
Tapi nok memulihara yang sedia ada ambil "tambah nilai" susoh sikit.
Apa apa pong, arap arap Teganung dak punoh jahanang.

TATA said...

roshaizul, awang bukan suruh baca buku GUIT awang goneng tu tapi baca rtikel AG kat blog kecek2 dia "the return mat sprong kelecak barak". Kalau baca R T Kel tu mesti suka sellok. Dok gitu awang