Sunday, February 15, 2009

Teranung atau ganu?

Satu

Orang di pantai barat Semenanjung Malaysia selalu menggelarkan orang Terengganu dan negeri Terengganu sebagai Ganu. Pelik. Kebanyakan orang Terengganu lebih gemar menggunakan istilah Teranung Tranung, Teranu, Tranu dan Teganu. Orang dari Besut dan Kelantan banyak menggelarkan Terengganu sebagai Ganu. Mungkin orang di pantai barat mendengar daripada mereka ini lalu menggunakan istilah yang sama digunakan walhal rata-rata orang Terengganu memanggilnya sebagai Teranung atau Tranung, Teranu atau Tranu dan ada yang menyebut Teganu - mengikut tempat atau daerah.

Dua

" Mung nok gi Teranung dok?
Kamu nak pergi ke Terengganu ke?

"Nok gi Teranung wak mende, kita duk Teranung doh ni"
Nak pergi ke mana, kita sekarang pun dalam negeri Terengganu.

Di manakah Teranung dalam negeri Terengganu Darul Iman ini? Orang-orang di Terengganu apabila berbual sesama sendiri seperti contoh dialog di atas, apabila menyebut hendak pergi ke Teranung / ada di Teranung / duduk di Teranung - ia adalah bermaksud Kuala Terengganu iaitu ibu negeri bagi negeri Terengganu dan salah satu daerah dalam negeri Terengganu. Jika perbualan khusus untuk menceritakan negeri Terengganu, maka mungkin perkataan Teranung tersebut untuk menggambarkan negeri Terengganu. Jadi, perlu faham betul-betul.


Jika anda ada dengar lagu Blues Terengganu Kita, anda tidak akan dengar Saleem menyebut Na Na Na Ganu Kite.

No comments: