Saturday, February 14, 2009

Lagu Kanak-Kanak Terengganu ( iv )

Pok Itang Na Na
Pok Kasing Dogo
Pok Itang dok kena
Pok Kasing dok tego

4 rangkap lagu pantun lama kanak-kanak Terengganu. Mungkin sekarang sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin kanak-kanak sekarang sibuk bermain pc game atau playstation. Lagu pantun ini menggambarkan dua orang lelaki yang tidak kenal satu sama lain dan lalu tidaklah tegur sesama sendiri.

Pok Itang adalah Pak Hitam, Pok Kasing adalah Pak Abdul Kassim ( orang Terengganu suka memendekkan nama orang dan ditambah ng atau g di belakang nama-lihat nama Kasing, sepatutnya untuk nama Allah yang digunakan oleh manusia perlu disebutkan dan diejakan dengan perkataan Abdul Kassim ).

Perkataan Na Na mungkin ada kaitan dengan nama panggilan orang India Muslim yang biasa dipanggil Nana ( terutama di negeri Pulau Pinang ), dan mungkin Pak Hitam itu ialah orang India Muslim, dan Pak Abdul Kassim itu ada seorang yang dogol iaitu berkepala botak. Jadi pantun ini digunakan untuk memberi perumpamaan terhadap dua orang yang saling tidak kenal mengenali ( dok kena bermaksud tidak kenal, dok tego bermaksud tak tegur ).

2 comments:

Anonymous said...

aku pernah dengar member aku nyanyi lagu tu. stail macam gurindam. tapi aku tak pernah dengar bebudak nyanyi lagu tu. mungkin diorang banyak nyanyi lagu wonderpet atau spongebob. huhuuhuhu

Anonymous said...

lagu ni femeh gok zamang aku budok2 dulu.. biase org nyanyi lagu ni wak gelor ke mokpek lepah maing berangbak petang2 ( Bdk Bukit Chatak)