Tuesday, February 24, 2009

Timung Cine dan Rojok Keling

Timung Cine dan Rojok Keling

Makanan berasaskan bangsa? Mengapa orang-orang di Terengganu menamakan Tembikai sebagai Timung Cina, dan rojak mee kuning berkuah kacang-sama mirip kuah sate ( ada ayam goreng atau tidak ) dipanggil dengan Rojok Keling?

Mungkin satu kesimpulan atau teori sendiri boleh dibuat. Tembikai-tembikai banyak ditanam oleh petani berbangsa Cina-mungkin, menanam di seluruh sekitar negeri Terengganu ini. Rojok Keling pula jika dilihat di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, rojak mee berkait rapat dengan bangsa India terutama India Muslim yang menjualnya sama ada gerai lori, gerai/warung tepi jalan, kedai makan mamak ber-astro tv besar yang ada kipas keluar air atau bistro 24 jam. Mungkin orang India Muslim di Terengganu banyak menjual rojak mee ini lalu dipelajari oleh orang melayu, menambah ayam sebagai aksesori rojak lalu dinamakan Rojok Keling.


Teringat masa kecil, di Paka banyak tanah ditanam dengan tanaman tembikai, tidaklah besar-besaran sangat, sekarang tidak kelihatan lagi...banyak pula rumah taman dan proses perbandaran, selari dengan pembangunan Loji Gas, Petroleum dan Petrokimia di Paka dan Kertih.

3 comments:

Pokku said...

Jamang Pokku sekoloh dulu, rojok (dan mee goreng) paling terrer sekali ialah rojok and mee Pok Kadir depang Pos Office lama tepi sungai. Pok Kadir ialah India Muslim. Anok dia buat gambor, dok buat mee.

A w a n g said...

Pokku, tuh Depang Post Office Dungun ke?

Upenyu said...

Rojok kateh, payoh doh nok jupe le ni