Tuesday, October 6, 2009

Akronim : LLN - Lenggök Lengök Naik

Di Malaysia banyak perkataan akronim digunakan. Dari nama syarikat hinggalah nama teknologi. Mengambil nama lama TNB (Tenaga Nasional Berhad) iaitu LLN ada maksud menarik dan lucu bagi orang Terengganu. LLN -dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara tetapi orang Terengganu menggelarkannya sebagai Lenggök Lenggök Naik.

Lenggök membawa maksud mendongak. Naik bermaksud panjat naik ke atas. atau naik melalui lori berkren/lift. Keseluruhannya ia membawa maksud mendongak ke atas melihat tiang letrik, kemudian panjat/berkren/lift naik ke atas untuk membaiki/memeriksa samaada lampu jalan ataupun kabel elektrik. Itulah maksud di sebalik akronim LLN - Lenggök Lenggök Naik.




No comments: