Wednesday, December 2, 2009

Kedai Buku Di Dungun

Di Dungun ada beberapa kedai buku yang menjadi tumpuan masyarakat pelajar sekolah, siswa-siswi, guru-guru, peminat buku/novel dan sebagainya. Antara kedai-kedai tersebut ialah:

Kedai Buku Wan Ariffin merupakan kedai yang menjual buku-buku terbitan DBP daripada novel, ensiklopedia, sejarah dan pelbagai majalah. Buku-buku lama dijual dengan harga diskaun yang berpatutan mengikut tarikh terbitan buku tersebut. Menyinggah ke kedai buku ini agak terkejut kerana terlalu banyak buku yang menarik yang mahu dibeli. Biasanya aku mengeledah (belémbang) buku berkenaan sejarah, sejarah Terengganu dan Melayu terutamanya. Terbitan DBP adalah yang terbaik untuk buku-buku sejarah dan berwibawa. Kedai buku ini terletak di Kampung Tanah Lot berhampiran dengan Jalan Besar Dungun mengikut arah ke Kuala Dungun.

Kedai Buku Wan Ariffin antara kedai buku tertua di Dungun ini selain daripada satu kedai dimiliki keturunan Cina di Jalan Lim Teck Wan di Kuala Dungun (telah tidak beroperasi aku rasa) dan kedai Buku Gazanim (rasanya dulu dikenali kedai buku Ghani) yang terletak di sebelah Pasar Raya Ju Jaya-sekarang telah menjadi kedai lain. Kedai Buku Gazanim ini terletak berhadapan dengan Stesen Minyak Shell dan ia terletak berhampiran ke Kampung Sura Jetty. Kedai Buku Gazanim ini tidak lagi beroperasi di situ-agaknya telah berpindah ke tempat lain? Kedai buku ini dahulu amat popular untuk mendapat majalah komik wira-wira daripada Hong Kong seperti Pedang Setiawan selain boleh didapati di Kedai Buku Public yang terletak di Jalan Tambun, Kuala Dungun.

Berbalik ke Kedai Buku DBP Wan Ariffin, kedai ini dahulu aktif untuk mengadakan Pesta Buku yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Dungun yang terletak sebelah rumah Pegawai Daerah Dungun (satu pertanyaan sekarang ini Pesta Buku Dungun masih ada? dan siapa penganjurnya?).

Dalam tahun-tahun 90an bertambah kedai buku dan alat-tulis antaranya ialah Kedai Buku Bentalib, Kedai Buku Al-Fatihah, dan sekarang ini Pustaka Seri Intan pula membuka cawangannya di Dungun yanmg terletak di bangunan baru di Sura Gate yang berhadapan dengan Pasar Raya Salwa. PSI atau Pustaka Seri Intan ini amat popular di Kuala Terengganu sebagai kedai buku untuk mendapatkan buku-buku teks sekolah bagi yang tidak mendapat pinjaman buku teks bantuan sekolah pada tahun-tahun sebelum ini.

Selepas ini aku ingin menyinggah lagi Kedai Buku DBP Wan Ariffin, beberapa buku lagi perlu aku mencari dan perlu dibeli.

3 comments:

roshaizul said...

ada lagi bro pesta buku dungun. dah 2 tahun aku pergi. biasa dia buat kat sebelah perpustakaan

TATA said...

Awang, apa khabar. lama dok dengar criter. Memang betulpun kedai buku cina kat jalan lim TW tu dok jual doh buku2 dan peralatan tulis. hari tu balik pun TATA singgahlah tapi suratkhabar pun dok banyak. Lepas ni awang buat lah criter tentang kedai runcit pulak. kat sg udang kedai maidin hok femas sekali. kalu kat kedai buku WA tu kedai runcit mok nik leh. Suratkhabar kelmarin ada siar bandar dungun de gate naik air macam laut. teruk banjir tahung ni.

AWANG said...

Roshaizul-Hoh ada lagi Pesta Buku Dungun rupanya, sempit ke buat kat Perpustakaan tuh?

Kak Tata- Kedai Bakdin ke kedai Maidin? Banjir teruk gok, depan spital pah ke batu 49 penuh air banjir.