Tuesday, November 25, 2008

Cokko! Dan Lumba Lari

Cokko!

Orang putih kata "take a brake". Orang Terengganu kata "cokko". Perkataan ini disebut apabila seseorang pemain dalam sesuatu permainan tradisional contohnya te duduk, te boye atau cuik tiang. Cokko disebut sebagai tanda orang yang menyebutnya meminta kebenaran daripada orang yang jjadi untuk berehat sekejap atau melakukan sesuatu perkara yang lain ( atau mengelat ).


Lumba lari.

"Ong yo mak, gék sék... go...!". Meluncur laju berlari. Lumba lari beramai-ramai. Tiada lane. Tiada tali yang apabila dilanggar terus putus sebagai tanda pemenang. Cuma yang ada penanda garisan penamat. Takpun jadikan tiang atau pokok sebagai tanda penamat lumba lari. Kaki ayam je. Tak ada kasut sprinter yang berpaku. Pecut laju berlari. Siapa sampai dahulu dikira pemenang.

Nostalgia. Main lumba lari di padang yang berumput sedikit, berbatu dan berpasir. Salah seorang kanak-kanak akan berlagak menjadi pengadil dan menjerit "Ong yo mak, gék sék...go...!".

Orang putih kata "On your mark, get set, go...!"

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana memperkenalkan blog ini. Langgam bahasa. Seperti kenal. Dari Dungun pergi bandar selatan itu. Juga cerpen itu. Seperti mengulang baca lagu bahasa. Atau pernah baca. Satu masa dulu 2001 atau 2002. Kalau benar anda orang itu. Saya hadir walimah anda. Tahniah dengan blog ini.

Maaf kalau tersalah orang.

Bapa saya berketurunan Kesultanan Siak dari Riau. Almarhum Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784), Sultan Siak Sri Indrapura keenam [Marhum Mangkat di Dungun], makamnya di Dungun.

Terima kasih sekali lagi. Wassalam.

Kak Su Rasanubari.

A w a n g said...

Kak Su kenal akan saya.

Berkenaan Almarhum Sultan Siak, benar, makam memang ada di Dungun. Saya pernah nampak papan tanda tersebut di kawasan Dungun.