Berjalan kaki cakduh
Terlanggar batu lalu mengaduh
Aduh duh duh cakduh
Menukang kayu cakduh
Tangan tertukul lalu mengaduh
Aduh duh duh cakduh
Jangan kéngé jangan pula cakduh
Dua-dua orang tak suka orang lain yang mengaduh
Aduh duh duh cakduh
Jangan mak nga jangan pula cakduh
Satu cuai satu terlalu laju jangan nanti mengaduh
Aduh duh duh cakduh
Biar köhö-köhö jangan cakduh
Biar lambat asal siap tak ada orang nak mengaduh
Aduh duh duh cakduh
Jangan cepat jangan cakduh
Terlupa semacam yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran lalu mengaduh
Terjemahan.
Cakduh adalah perlambangan orang Terengganu terhadap orang yang berperangai dalam melakukan sesuatu atau kerja dengan cuai dan gaduh-gaduh/terkejar-kejar/nak cepat siap.Kerja jangan cakduh, biar köhö-köhö, asal siap.
2 comments:
Salam untuk semua orang Dungung,
Kalau ada kelapangang, sudi-suudilah singgoh di blog saya Himpunan Cerpen dan Puisi Sang Penyu di Bisik Angin Teluk Bidara www.telukbidaraku.blogspot.com
Pohon kalau buleh tuang punya blog ni link kang blog saye kak blog ni.
Terima kasih.
Web anda telah dilinkkan, terima kasih kerana mengunjungi.
Post a Comment